Rebecca is new EUMCCI chairperson
2017-09-14

Share to:

9th September 2017.

Selepas 60 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia melakar kemajuan pesat dengan pelaburan menjadi penggerak kepada pertumbuhan perniagaan yang lebih mampan dan memacu ke arah kemantapan ekonomi negara.

Landskap pelaburan di Malaysia sememangnya sudah berada di tahap membanggakan kerana setiap tahun angka tarikan pelaburan sama ada asing mahupun domestik mengalami pertumbuhan.

 

 

Negara merekodkan pelaburan berjumlah RM207.9 bilion sepanjang 2016 menerusi sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama, meningkat 7.7 peratus berbanding RM193 bilion bagi tahun sebelumnya.

 

Kesannya mudah dilihat berdasarkan penawaran pekerjaan kepada rakyat tempatan, selain peningkatan eksport negara apabila Malaysia menjadi hab perniagaan pelabur asing yang beroperasi di negara ini.

Pada masa sama, pelabur asing biasanya menilai sesuatu lokasi perniagaan mereka sebelum melabur bersandarkan kepada geopolitik yang stabil, ekonomi positif dan persekitaran yang boleh menyokong atau memudahkan operasi perniagaan mereka.

Selain itu, persekitaran mesra pelabur, pengangkutan awam yang moden dan efektif turut memainkan peranan penting bagi mencerminkan Malaysia sebuah lokasi perniagaan bertaraf antarabangsa.

Pada 17 Julai 2017, Malaysia menyaksikan pelancaran bersejarah apabila satu lagi perkhidmatan pengangkutan awam siap dibina dengan pengenalan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) iaitu satu sistem pengangkutan rel yang menghubungkan Stesen Semantan ke Stesen Kajang.

Pengangkutan ini melengkapkan jajaran bagi keseluruhan laluan Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51 kilometer yang merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah serta mempunyai kapasiti untuk menampung 400,000 penumpang harian.

Projek MRT adalah sebahagian daripada visi Greater KL dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Secara dasarnya, pembinaan MRT adalah bagi membantu rakyat menikmati kemudahan awam yang lebih baik dan mampu mengurangkan penggunaan kenderaan di jalan raya yang semakin padat ketika ini.

Namun, pada masa sama, sebenarnya MRT juga menjadi nadi penting untuk menarik kehadiran pelabur ke Malaysia memandangkan ia salah satu infrastruktur yang memudahkan mereka bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi lain.

Memandangkan perkara ini menjadi salah satu faktor yang mampu menarik kehadiran pelabur asing, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengadakan program lawatan ke MRT bersama pelbagai dewan perniagaan asing yang berada di Malaysia.

Antara dewan perniagaan itu ialah Dewan Perdagangan dan Industri Jepun-Malaysia (JACTIM), Konsortium Industri India, Dewan Perniagaan dan Industri Perancis-Malaysia (CCTIM), Dewan Perniagaan dan Industri Jerman-Malaysia, Persatuan Perniagaan Itali-Malaysia (IMBA) dan Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia (EUMCCI).

Sebelum sesi lawatan itu diadakan, 21 wakil persatuan dan dewan perniagaan asing berkenaan mendengar taklimat ringkas daripada Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengenai pencapaian syarikat itu yang mengendalikan pelbagai sistem perkhidmatan awam di negara ini terutama di Kuala Lumpur.

Menerusi taklimat itu juga, semua wakil dewan perniagaan dan persatuan berkenaan turut dapat mengetahui perancangan Malaysia dalam menyediakan jaringan perkhidmatan awam yang kondusif di negara ini untuk jangka panjang.

Lawatan semua wakil berkenaan bermula di Stesen MRT Muzium Negara yang mana mereka hanya perlu berjalan dari Ibu Pejabat MIDA yang terletak berhampiran Sentral Kuala Lumpur ke destinasi berkenaan melalui laluan bawah tanah yang cukup selesa dan mengambil masa pendek.

Perjalanan dari Stesen Muzium Negara menuju ke Stesen Mutiara Damansara mengambil masa sekitar 20 minit itu turut melalui beberapa stesen MRT lain iaitu Semantan, Pusat Bandar Damansara, Phileo Damansara, Taman Tun Dr Ismail dan Bandar Utama.

Keadaan selesa dan luas di dalam gerabak memberi keselesaan kepada wakil dewan perniagaan berkenaan yang rata-ratanya kali pertama menaiki pengangkutan awam terbaru berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Azman Mahmud berkata, program berkenaan diadakan bagi membolehkan wakil dewan perniagaan asing di Malaysia merasai pengalaman pengangkutan awam Malaysia yang bertaraf dunia.

Malah, ia juga sebahagian usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi terbaik kepada pelabur asing untuk beroperasi di negara ini berikutan terdapat pengangkutan awam yang baik dan menghubungkan pelbagai destinasi di Kuala Lumpur.

Selain itu, katanya, pembangunan MRT juga boleh menggambarkan bahawa Kuala Lumpur adalah hab perniagaan bertaraf antarabangsa dan mengharapkan pelabur asing untuk terus beroperasi di negara ini untuk jangka panjang.

“Kami juga menyediakan mereka dengan maklumat daripada Prasarana mengenai perancangan infrastruktur secara keseluruhan sistem rel di Malaysia dan ia juga boleh memberi gambaran jelas kepada mereka untuk terus berada di Kuala Lumpur.

“Selain itu, dengan adanya pengalaman ini, mereka dapat mempromosikan kemudahan infrastruktur di Malaysia kepada rakan perniagaan di negara masing-masing terutama di Kuala Lumpur,” katanya selepas menghadiri taklimat program berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2017 @ 7:06 AM

Read full article here


GET IN TOUCH Looking to start a project or trying to find us?

Contact Us